::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FDEEF4; } Blogger Widgets

Ahad, 31 Ogos 2014

Sejarah Bola Tampar

                          SEJARAH BOLA TAMPAR





Permainan Bola Tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium YMCA, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J.Morgan sebagai satu permainan rekriasi, Morgan sebagai pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk membina suatu permainan untuk sekeumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang..

Morgan telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu permainan ini terus diterima oleh Mesyuarat Penggarah Fizikal .

Pada mulanya bola tampar dahulu dikenali sebagai MINTONETTE dan diubah kepada VOLLEYBALL oleh Prof H.T. Halstead pada tahun 1896.. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerima dan kemudiannya dan di perkenalkan di India.

Sukan bola tampar semakin berkembang apabila diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Peurto Rico (1909) dan Filipina (1910).



Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah dan Yogoslavia (1918) , Czechoslovakia dan  Poland (1919) serta Russia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang dari peringkat permainan ke sukan yang di pertandingkan.

Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi diganggu oleh perang dunia ke-2. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan 

Persatuan bola tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun  1928 diikuti oleh Yogoslavia, Russia, Poland, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali, Belgium masing-masing telah  menubuhkan  persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945,1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale  de Volleyball (FIVB)  iaitu sebuah badan rasmi bola tampar ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama persatuan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) dan memegang jawatan selama 37 tahun..