Okay,hari saya nak cerita sikit tentang cara nak turun berat badan 3kg dalam seminggu tanpa melakukan sebarang senaman..
Dengan cara DIET 500 KALORI
Serba sedikit tentang pengalaman saya. Berat saya 69kg dan tinggi 160cm (overweight). Saya rasa risau sebab saya tidak mahu berat saya memcecah 70kg. Cari punya cari diet yang sesuai,dan terjumpa dengan diet 500 kalori ni. Saya start buat diet ni pada 22 September 2014 dan seminggu kemudian saya turun 3kg tanpa sebarang senaman.
APA ITU DIET 500 KALORI???
Diet 500 kalori ialah diet yang mana anda hanya memakan makanan yang tidak melebihi 500 kalori ataupun kurang. Kalori ada persamaan seperti duit. Misalnya anda mempunyai RM500 bersamaan dengan 500 kalori setiap hari.. Cek kalori pada makanan anda dahulu dan kalau makan tersebut mempunya 150 kalori, maka baki duit anda yang tinggal ialah RM 350, jadi jumlah kalori yang anda perlu consume tinggal 350 kalori. Terpulang kepada anda macam mana nak manage.
Senarai yang patut dibuat selama berdiet dengan 500 kalori.
- Paling utama adalah JANGAN MAKAN NASI
- Jangan tidur lepas makan
- Jangan makan melebihi 500kalori
- Jangan timbang berat badan sebelum habis 1 minggu berdiet
- Hindarkan daripada minum minuman yang bergula
- No junk food!
- Banyakkan minum air kalau tidak nanti dehidrasi
- Jangan makan tengah malam
PELAN DIET SAYA SELAMA 1 MINGGU
Day 1
Hari pertama memang susah untuk diet tapi saya tetap berusaha. Kalau perut anda berbunyi endah kan sahaja dan minumlah air banyak2.
3 biji telur (200 kalori)
Susu (168 kalori)
- Awal pagi minum susu
-Tengah hari makan 2 biji telur
- Malam makan 1 biji telur
Day 2
Sama dengan hari kelmarin cuma tambahkan dengan makan:
Terung (50 kalori)
Day 3
Biskut rendah kalori 4 (484 kalori) (cari yang palain/yang tiada inti
- Pagi makan 1
- Tengah hari makan 2
- Malam makan 1
Biskut rendah kalori saya :D Cari yang plain.
Day 4
Jagung 2 (160 kalori)
Biskut rendah kalori 2 (241 kalori)
Day 5
Rambutan 200g (??? kalori) sorry lupa :DDD
Biskut rendah kalori 3 (363 kalori)
Day 6
Hari 'Cheat Day' anda boleh makan apa sahaja tetapi jangan terlebih. Anda boleh ambil sedikit karbohidrat.
Kek butter 2 potong nipis
Mee sup
Day 7
Betik
Roti
1/4 Maggi
Bolehlah timbang berat anda ;D
Terima Kasih ;))